
Beliau berkata, pihak kementerian menerima banyak aduan daripada orang ramai berkaitan pencemaran bau terutama oleh ladang ternakan.
“Kita sekarang sedang teliti tentang tahap pencemaran bau (untuk diambil tindakan)…jadi kita perlu perkasa akta (sedia ada) untuk ukur (tahap) bau (bagi diambil tindakan),” katanya hari ini.
Beliau berkata, kementerian juga sedang menyemak akta dan undang-undang sedia ada untuk mengenakan hukuman lebih berat terhadap pihak kilang yang melakukan pencemaran.
“Kompaun asal dalam RM2,000 terlalu rendah (bagi kilang lakukan pencemaran). Kementerian sedang semak akta dan undang-undang yang ada untuk kita tingkatkan lagi hukumannya.
“Cuma dalam tempoh yang ada kita kuatkuasakan apa yang boleh termasuklah gantung operasi kilang (yang lakukan pencemaran),” katanya.
Katanya, kerajaan juga giat menghantar balik kontena plastik kitar semula yang tidak menepati syarat ke negara asal kerana tidak mahu Malaysia dijadikan ‘tong sampah dunia’.