Sental dengan 3 bahan, papan pemotong kusam terus jadi bersih

Sental dengan 3 bahan, papan pemotong kusam terus jadi bersih

Hanya guna 3 bahan yang ada di dapur, terus jadi bersih!

Hanya guna 3 bahan yang ada di dapur, terus jadi bersih!

Bagi yang selalu memasak, cuba tengok papan pemotong terutama yang plastik.

Selalunya akan ada kesan kotoran kuning dan hitam kerana kerap digunakan untuk persiapan memasak.

Kotoran pada papan pemotong jenis plastik ini biasanya susah dihilangkan walaupun telah dicuci berkali-kali dengan sabun.

Takkan nak guna peluntur pula.

Jadi berikut cara untuk membersihkan kotoran hitam pada papan pemotong yang kotor.

Hanya guna 3 bahan yang ada di dapur, terus jadi bersih! Selamat pun selamat.

Bahan-bahan:

  • Limau nipis
  • Baking soda
  • Cuka

Langkah-langkah:

  1. Ambil buah lemon kemudian belah dua.
  2. Seterusnya tabur baking soda pada permukaan papan pemotong.
  3. Gosok papan pemotong menggunakan potongan limau tadi. Biar selama 10 minit.
  4. Ambil potongan limau dan gosok lagi pada permukaan papan pemotong.
  5. Seterusnya tuang cuka. Gosok lagi sehingga semua kotoran hilang. Boleh juga guna berus besi untuk menyental untuk lebih berkesan.
  6. Bilas hingga bersih. Hasilnya papan pemotong anda kelihatan lebih bersih dan macam baru.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.