Tip tanaman berbuah lebat dan manis, siram air campuran yakult dan telur

Tip tanaman berbuah lebat dan manis, siram air campuran yakult dan telur

Jika sudah letak baja masih tiada hasil mungkin boleh cuba pula buat air penggalak/ air baja daripada campuran minuman probiotik, Yakult & telur.

Jika sudah letak baja masih tiada hasil mungkin boleh cuba pula buat air penggalak daripada campuran minuman probiotik, Yakult & telur.

Bagi yang hobinya bercucuk tanam, mesti tak puas hati kalau tanaman yang diusahakan tak menampakkan hasil, buah tak lebat, nampak kurang subur, tak berbunga dan macam-macam lagi.

Jika sudah letak baja masih tak lihat hasilnya mungkin boleh cuba pula buat air penggalak/ air baja daripada campuran minuman probiotik, Yakult & telur.

Kebaikan air pengalak campuran Yakult & telur

  • Menghasilkan bunga banyak
  • Menghasilkan buah manis
  • Suburkan tanah
  • Agar buah lebih besar

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. 1 botol Yakult
  2. 2 biji telur ayam
  3. 1 unit botol mineral 500ml kosong

Cara penyediaan :

  1. Campurkan yakult dan 2 biji telur ayam.
  2. Gaulkan campuran tersebut sehingga sebati.
  3. Simpan campuran baja di dalam bekas botol mineral.
  4. Perap campuran baja 3 – 7 hari. Pastikan botol tidak ditutup terlalu ketat untuk elakkan gas yang terhasil mudah keluar.
  5. Selepas 7 hari, air baja boleh digunakan.

Cara menggunakan

  • Tuang 20ml campuran baja ke dalam bekas lain sama ada untuk tujuan semburan atau siram ke tanah.
  • Campur campuran baja dengan air biasa sebanyak 1 liter – 1.5 liter.
  • Sembur atau siram larutan baja ke daun dan media tanaman.
  • Semburan atau siraman larutan baja boleh dilakukan selang 2-3 hari, pada waktu petang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.