Rizab antarabangsa BNM AS$104.3 bilion

Rizab antarabangsa BNM AS$104.3 bilion

Kedudukan rizab mencukupi untuk membiayai 8.5 bulan daripada import tertunggak dan 1.1 kali jumlah hutang luar jangka pendek

Bank Negara Malaysia (BNM).
KUALA LUMPUR:
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencecah AS$104.3 bilion pada 14 Ogos, lebih tinggi berbanding AS$104.2 bilion yang direkodkan pada 30 Julai lalu.

“Kedudukan rizab adalah mencukupi untuk membiayai 8.5 bulan daripada import tertunggak dan 1.1 kali jumlah hutang luar jangka pendek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$95.6 bilion), rizab tabung kewangan antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (AS$1.1 bilion), emas (AS$2.2 bilion) dan lain-lain aset rizab (AS$4.1 bilion).

Aset tersebut merangkumi pertukaran emas, mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM446.62 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM10.87 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.75 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM16.32 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion), serta aset lain (RM15.24 bilion).

Menurut BNM, modal dan liabiliti merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM177.22 bilion), mata wang dalam edaran (RM125.94 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM133.50 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM17.59 bilion), lain-lain deposit (RM16.73 bilion), kertas BNM (RM12.36 bilion), peruntukan SDR (RM7.93 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM5.61 bilion).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.