
Beliau berkata, kerja pembinaan hospital itu kini 83% siap dan antara sebab penangguhan termasuk pandemik Covid-19 yang menyebabkan kerja pembinaan tidak dapat dijalankan selama 4 bulan serta 500 pekerja asing dari China dan Indonesia kembali ke negara masing-masing.
“Sekarang kontraktor terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pekerja tempatan yang bukan mudah mendapatkannya. Mereka memanggil 290 pekerja tempatan tetapi hanya 82 orang yang datang bekerja,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak pembinaan itu hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata kontraktor berkenaan memberi jaminan kepadanya yang projek itu akan siap Februari tahun depan.
Kerja pembinaan hospital yang akan dilengkapi 1,310 bilik dan 108 katil itu, bermula pada 2016.
Hospital berkenaan berpotensi menjadi kemudahan kesihatan utama untuk penduduk di kawasan sekitar termasuk Lubuk Antu, Simunjan dan Betong.
Projek itu diluluskan pada 2007 dengan fasa pertama kerja pembersihan dan pemasangan cerucuk di kawasan seluas 20.6 hektar itu selesai pada Ogos 2013.