
Katanya, penyelesaian segera itu penting kerana mereka bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri dalam masa sebulan.
“Saya tidak mahu mengulas lanjut perkara ini, namun harapan kita ialah supaya mereka boleh selesaikan masalah dalaman itu dalam menghadapi pilihan raya,” katanya selepas menghadiri majlis penyerahan borang keahlian PPBM di Kampung Baru-Baru hari ini.
Selasa lalu, 12 bahagian Umno Sabah yang diketuai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan membantah pemilihan Bung untuk mengetuai BN bagi menghadapi PRN Sabah yang disifatkan sebagai satu “penghinaan”.
Rahman dilaporkan berkata, pelantikan Bung tidak dibincangkan dan ia melanggar semangat autonomi Sabah yang diumumkan tahun lalu.
Katanya, mereka tidak mahu seorang pemimpin yang perlu menghadiri perbicaraan mahkamah atas pertuduhan rasuah untuk berkempen bagi parti itu pada PRN Sabah.
Sementara itu, Hajiji berkata, keputusan Mahkamah Tinggi bagi kes mencabar pembubaran Dewan Undangan Negeri esok akan menjadi penentu kepada persiapan PPBM untuk menghadapi PRN Sabah.
“Apa pun keputusan itu, kita bersedia menghadapi pilihan raya.
“Kalau mahkamah membuat keputusan lain daripada itu, keadaannya agak berbeza dan mungkin kita tunggulah apa yang diputuskan oleh mahkamah.”