Air semburan bunga cengkih pulihkan sayuran kena serangga perosak

Air semburan bunga cengkih pulihkan sayuran kena serangga perosak

Pada awalnya tanaman hidup subur tapi dalam masa 2 hari daunnya habis dimakan oleh serangga kecil itu.

Penat menanam, malah sayur juga sudah bercambah tiba-tiba kena serangan serangan perosak. Memang frust dibuatnya.

Tapi jangan susah hati ada cara mudah nak pulihkan tanam sayur yang terkena serangga perosak atau kutu daun.

Boleh cuba cara yang dikongsi oleh Nor Anna yang berjaya pulihkan bayam Brazil yang rosak akibat diserang serangan perosak.

Pada awalnya tanaman hidup subur tapi dalam masa 2 hari daunnya habis dimakan oleh serangga kecil itu.

Dah nampak sedikit perbezaan selepas disembur air cengkih.

Tapi daun bayam yang rosak itu kembali pulih selepas mengamalkan air semburan bunga cengkih.

Cara buat air semburan bunga cengkih

  1. Ambil satu sudu besar cengkih. Rebus dalam seliter air paip. Saya guna air tapis.
  2. Selepas sejuk masukkan dalam botol spray. Spray setiap hari pagi dan petang.
  3. Sembur saja tak perlu cabut daun-daun yang rosak, supaya nanti kita akan dapat lihat perbezaannya.
Bayam Brazil dah kembali pulih.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.