4 tip berkesan tambah ketinggian anak-anak

4 tip berkesan tambah ketinggian anak-anak

65%-80% ketinggian anak bergantung kepada faktor keturunan atau genetik namun terdapat faktor luaran boleh membantu tambah ketinggian.

65%-80% ketinggian anak bergantung kepada faktor keturunan atau genetik namun terdapat faktor luaran boleh membantu tambah ketinggian.

Bagi ibu bapa atau mereka yang sudah berusia 21 tahun ke atas sudah pasti tidak lagi mempunyai peluang untuk menambah ketinggian.

Namun bagi anda yang mempunyai anak-anak masih kecil, anda berpeluang untuk menambah ketinggian mereka walaupun sedikit.

Meskipun ketinggian adalah genetik, namun terdapat 4 usaha yang anda boleh cuba untuk menambah ketinggian mereka.

Paling utama, berhenti bertanya mengenai produk untuk menambah ketinggian bagi orang dewasa kerana sudah terlambat.

Ketinggian manusia akan berhenti pada usia 21 tahun bagi lelaki dan 18 tahun bagi wanita.

Namun masih ada peluang untuk anak anda menambah ketinggian, setidak tidaknya lebih tinggi dari ibu bapanya.

65%-80% ketinggian anak bergantung kepada faktor keturunan atau genetik.

Tetapi terdapat faktor luaran yang boleh membantu anak anda menambah ketinggian.

1. Pemakanan

Jika anak anda enggan makan sayur, buah dan produk tenusu ada peluang cerah untuk mereka menjadi bantut. Makanan berkhasiat ini adalah struktur asas untuk anak anak membesar dan meninggi. Selain itu, pastikan mereka terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin D adalah vitamin penting untuk menyerap kalsium.

2. Cukup tidur

Waktu tidur adalah waktu untuk tubuh membesar dan memperbaiki struktur yang telah rosak. Anak remaja jangan dibiar tidur lewat atas apa jua alasan (termasuk untuk belajar).

3. Aktif dalam aktiviti fizikal

Remaja yang aktif ternyata lebih tinggi. Aktiviti fizikal akan menguatkan otot dan tulang. Ia juga akan merangsang Growth Hormon iaitu hormon penting untuk pertumbuhan.

4. Bebas asap rokok

Asap rokok termasuk ganja menyebabkan pertumbuhan terbantut. Pastikan anak tidak merokok dan tidak terdedah dengan pencemaran asap rokok.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.