
Beliau berkata, pekerja tidak formal merangkumi 39% atau 5.9 juta pekerja di Malaysia dan mereka tidak diliputi polisi perlindungan sosial sedia ada.
Katanya, 4 daripada 10 pekerja tidak formal tiada akses kepada perlindugan sosial.
“Pekerja tidak formal merangkumi populasi besar yang tertinggal dan memerlukan perhatian segera.
“Sistem perlindungan sosial yang sedia ada perlu diubah daripada langkah henti-jurang kepada pendekatan lebih bernas dan menyeluruh, iaitu yang lestari dan saksama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bekas pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN) itu berkata, pakej Prihatin yang membekalkan pemindahan tunai RM1,600 kepada kumpulan B40 termasuk pekerja tidak formal tidak mencukupi untuk menampung kos keluarga pekerja tidak formal.
“Menurut anggaran EPF (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) Belajawanku, duit sara hidup bagi keluarga yang berempat sekitar RM6,620.
“Ia adalah jelas pemindahan tunai RM1,600 tidak mencukupi bagi keluarga yang berempat semasa krisis (Covid-19) yang tidak dapat diramal,” katanya.
Katanya, kerajaan perlu mengenal pasti pekerja tidak formal yang tidak berdaftar dengan kerajaan melalui aplikasi untuk bantuan segera.
“Kerajaan patut meningkatkan pemindahan tunai secara automatik kepada orang yang berdaftar dengan e-kasih dan bantuan sara hidup hingga Disember 2020 memandangkan kebanyakan pekerja tidak formal akan didaftar dalam kumpulan tersebut,” katanya.
Serap sumbangan pekerja
Selain itu, beliau mencadangkan kerajaan menyerap sumbangan pekerja kepada EPF supaya mereka mempunyai lebih duit untuk berbelanja untuk keluarga.
Beliau berkata pekerja yang memerlukan wang terpaksa mengeluarkan simpanan daripada kedua akaun EPF bawah Skema i-Lestari bagi B40.
“Ia untuk mereka belanja semasa mereka bersara tetapi sini kamu memaksa orang mengeluarkan simpanan,” katanya kepada pemberita di Parlimen.
Sumbangan pekerja kepada EPF berbeza antara 12% sehingga 13% pendapatan bulanan.
Program i-Lestari membenarkan ahli EPF yang berumur 55 dan ke bawah mengeluarkan RM50 sehingga RM 500 sebulan sepanjang 12 bulan sehingga 31 Mac, 2021.
“Pelan yang sepatutnya menyokong populasi yang paling lemah dianggap lemah kerana sumbangan EPF 10% yang terbawah hanya mempunyai RM320 dalam Akaun 2 mereka. Jadi, golongan miskin tidak akan dapat manfaat daripada Skema i-lestari,” katanya.