
Katanya, disebabkan itu ia menjadi platform pilihan kepada golongan terbabit.
“Sebenarnya dari segi pendapatan, kita tidak memilih jantina, lelaki atau perempuan kena makan (bekerja untuk makan).
“Namun, MLM secara umum digemari wanita kerana mereka pandai merayu dan memujuk,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Rosol berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) mengenai penglibatan kira-kira 63% wanita dalam syarikat jualan langsung berbanding lelaki.
Katanya, kerajaan menggalakkan lelaki turut menceburi bidang itu kerana ia tidak dihadkan kepada sesiapa.
Beliau turut menjelaskan kementeriannya bekerja rapat dengan platform e-dagang utama di Malaysia, Shopee dan Lazada bagi merancakkan industri jualan langsung.