Pakar: 83 hari tanpa jangkitan tempatan Covid-19 tidak jamin Thailand selamat

Pakar: 83 hari tanpa jangkitan tempatan Covid-19 tidak jamin Thailand selamat

Vietnam, Korea Selatan, Jepun dan New Zealand berdepan risiko gelombang ke-2 Covid-19 selepas lama tidak mengalami jangkitan tempatan.

Kementerian Kesihatan Thailand berkata, risiko penularan ke-2 Covid-19 datang daripada pelonggaran sekatan pergerakan perniagaan dan kemasukan warga Thai serta asing, termasuk pekerja migran. (Gambar AP)
BANGKOK:
Selama 83 hari tanpa jangkitan tempatan Covid-19, tidak menjamin Thailand bebas daripada virus ini, kata ketua pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Suwannachai Wattanayingcharoenchai, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

Beliau berkata, tempoh tanpa jangkitan tempatan tiada kaitan dengan risiko penularan ke-2 yang datang daripada sekatan pergerakan perniagaan yang dilonggarkan dan kemasukan warga Thai serta asing, termasuk pekerja migran.

Negara seperti Vietnam, Korea Selatan, Jepun dan New Zealand berdepan risiko gelombang penularan ke-2 Covid-19 selepas lama tidak mengalami jangkitan tempatan.

Suwannachai berkata, “kita mahu mengesan pesakit dengan cepat, merawatnya dan mengekang tahap penularan.”

Kementerian Kesihatan akan memastikan tahap penularan dapat dibendung dan pada masa sama memungkinkan kelangsungan ekonomi negara, katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.