Afrika Selatan rekod 286 kematian baru akibat Covid-19

Afrika Selatan rekod 286 kematian baru akibat Covid-19

Ia merekodkan 6,275 kes baru wabak itu menjadikan jumlah kes sebanyak 579,140.

Petugas kesihatan menjalankan lebih 3.3 juta ujian saringan Covid-19 dan 461,734 pesakit disahkan sembuh di Afrika Selatan. (Gambar AP)
ABUJA:
Afrika Selatan melaporkan 286 kematian baru akibat Covid-19 pada Jumaat menurut pegawai kesihatan negara itu, lapor Agensi Anadolu.

Ia merekodkan 6,275 kes baru wabak itu menjadikan jumlah kes sebanyak 579,140.

Petugas kesihatan menjalankan lebih 3.3 juta ujian saringan dan 461,734 pesakit disahkan sembuh di negara yang paling terus terjejas di benua itu.

Pandemik tersebut mengorbankan lebih 764,683 nyawa di 188 negara dan rantau sejak ia menular di China Disember tahun lepas.

Amerika Syarikat, Brazil, India dan Rusia kini adalah negara yang paling teruk terjejas.

Lebih 21 juta kes dilaporkan di seluruh dunia dengan angka sembuh melebihi 13.2 juta menurut angka yang dikumpul oleh Universiti John Hopkins, AS.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.