26 kes baru Covid-19, 6 pesakit di ICU

26 kes baru Covid-19, 6 pesakit di ICU

3 pesakit dilaporkan sembuh hari ini dengan jumlah kematian kekal 125 orang.

PETALING JAYA:
26 kes baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kes aktif meningkat kepada 219 orang.

Sementara itu, 3 pesakit dilaporkan sembuh hari ini dengan jumlah kematian kekal 125 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 6 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seorang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Setakat ini Malaysia merekodkan 9,175 kes Covid-19 dengan 8,831 daripadanya sembuh.

Daripada 26 kes baru yang dilaporkan, 3 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 2 warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara.

Manakala itu, daripada 23 kes penularan dalam negara, 20 melibatkan warganegara Malaysia dan 3 bukan warganegara.

“Bagi kes yang berlaku di Kedah, 3 membabitkan kluster Sala, 10 kes daripada kluster Tawar dan 1 kes membabitkan kluster Muda.

“Manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 merupakan kes saringan di tempat kerja dan 1 kes saringan kontak rapat kepada kes ke-8688.

“Di Pulau Pinang, 2 adalah kes saringan kluster Tawar yang dikesan kerana merupakan kontak rapat kepada kes ke-9129.

“Di Johor dan Perlis, masing-masing terdapat 1 kes membabitkan saringan pra pembedahan,” katanya.

Bagi kes jangkitan dalam negara yang membabitkan bukan warganegara pula adalah 2 kes di Negeri Sembilan membabitkan saringan tahanan yang merupakan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 1 kes di Wilayah Persekutuan membabitkan saringan di tempat kerja.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.