Jepun, Singapura buka semula perjalanan rentas sempadan

Jepun, Singapura buka semula perjalanan rentas sempadan

Kebenaran perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara itu adalah bagi tujuan perniagaan.

Jepun dan Singapura akan membuka sempadan antara satu sama lain untuk pekerja ekspatriat di bawah skim berbeza bermula September. (Gambar AP)
SINGAPURA:
Menteri Luar Jepun Toshimitsu Motegi dan rakan sejawatannya dari Singapura, Vivian Balakrishnan, pada Khamis bersetuju untuk meneruskan perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara bagi tujuan perniagaan pada September, lapor Jiji Press.

Pelancong perniagaan boleh melakukan perjalanan dan bekerja dalam jarak yang terhad, dan untuk 14 hari pertama mereka diminta tinggal di tempat penginapan.

Pada September juga kedua-dua negara juga akan membuka sempadan antara satu sama lain untuk pekerja ekspatriat di bawah skim berbeza.

Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat mengenai isu serantau, termasuk isu pertambahan aktiviti maritim China dan menegaskan mereka akan terus bekerjasama.

Jepun bimbang dengan situasi berkenaan dan akan bekerjasama dengan Singapura serta negara lain untuk memberikan respons sewajarnya, kata Motegi pada sidang media selepas pertemuan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.