Koroner lawat lokasi kematian Nora Anne sebelum inkues

Koroner lawat lokasi kematian Nora Anne sebelum inkues

Koroner Maimoonah tiba pada 9.15 pagi bersama beberapa pihak berkepentingan dalam kes itu yang mendapat liputan meluas media.

Seorang wanita mengambil gambar poster menunjukkan Nora Anne Quoirin yang hilang di Seremban tahun lalu. (Gambar Bernama)
SEREMBAN:
Persiapan bagi prosiding inkues untuk menyiasat punca kematian remaja Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin, bermula hari ini dengan koroner Maimoonah Aid melawat pusat peranginan The Dusun Resort iaitu tempat penginapan mangsa bersama keluarganya tahun lalu.

Koroner Maimoonah tiba pada 9.15 pagi bersama beberapa pihak berkepentingan dalam kes itu yang mendapat liputan meluas media, sebelum lawatan berakhir pada 12.15 tengah hari.

Mereka disertai pegawai penyelaras inkues Muhamad Iskandar Ahmad dan peguam yang mewakili keluarga Nora dan resort serta timbalan ketua polis Negeri Sembilan Che Zakaria Othman.

Pada 10 Julai lalu Maimoonah menetapkan prosiding inkues berlangsung selama 2 minggu bermula 24 Ogos hingga 4 September di Mahkamah Koroner Seremban dengan seramai 64 saksi akan dipanggil memberi keterangan.

Beliau turut menetapkan hari ini sebagai tarikh lawatan ke lokasi kejadian di pusat percutian itu, lokasi mayat mangsa ditemui selepas dilaporkan hilang pada 4 Ogos 2019, iaitu sehari selepas remaja berkenaan dan keluarganya tiba di Malaysia untuk bercuti selama 2 minggu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.