Pemimpin pelajar desak kementerian bincang hapus AUKU

Pemimpin pelajar desak kementerian bincang hapus AUKU

Irfan berkata pihaknya mendesak kementerian mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan untuk mencari jalan penyelesaian.

Presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia Irfan Mahzan pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
KUALA LUMPUR:
Kumpulan pemimpin pelajar hari ini meminta kementerian pengajian tinggi mengadakan perbincangan dengan mereka mengenai penghapusan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), berikutan komen menterinya Noraini Ahmad bulan lalu yang ia masih relevan.

“Kami sekali lagi mendesak kementerian untuk mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan seperti badan pelajar, akademik dan NGO dan mencari jalan untuk menyelesaikannya,” kata Presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia Irfan Mahzan pada sidang media di lobi Parlimen.

“Walaupun proses untuk menghentikan penghapusan AUKU dihentikan, kami masih konsisten dalam mendesak supaya ia dihapuskan. Kerja aktivis pelajar dulu perlu diteruskan dengan naratif berbeza,” katanya.

Wakil persatuan pelajar dan ahhli Parlimen ketika sidang media di Parlimen hari ini mendesak Akta Universiti dan Kolej Universiti dihapuskan.

Dia disertai oleh badan pelajar lain termasuk Mahasiswa DAP, Mahasiswa Amanah Nasional dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.

Noraini membuat kenyataan itu di Dewan Rakyat sebagai jawapan kepada bekas menteri pendidikan Maszlee Malik mengenai status tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk menghapuskan akta berkenaan.

Desakan Irfan itu disokong bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching, yang menyatakan masalah penghapusan AUKU disebabkan politik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.