
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 9 kes itu membabitkan 4 kes tempatan dan 3 daripadanya daripada kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil.
“Semua 4 kes penularan dalam negara adalah dalam kalangan bukan warganegara. Tiada penularan dalam negara membabitkan warga tempatan.
“Bagi kes import, 5 kes itu mendapat jangkitan di luar negara membabitkan 3 warga Malaysia dan 2 bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehingga kini, jumlah positif Covid-19 sebanyak 9,103 kes dengan kes aktif kebolehjangkitan adalah 169 kes.
Sehingga kini, terdapat 2 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), bagaimanapun tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.
Kedua-dua kluster PUI Sivagangga dan kluster Kurau tiada kes baru dilaporkan.
Jumlah kematian kekal 125 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.
Setakat ini Malaysia merekodkan 8,809 kes sembuh atau 96.7% daripada keseluruhan kes.