
Pada sidang media di Parlimen hari ini, beliau berkata Dewan Rakyat “boleh mengenakan sekatan terhadap hak yang diberikan bawah Fasal 1, termasuk kebebasan berpersatuan, demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, dan prinsip moral”.
Justeru, katanya, Fasal 1 Perkara 10 tidak muktamad dan hendaklah dibaca bersamas Fasal 2, 3, dan 4.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata undang-undang lompat parti akan bercanggah dengan Perkara 10(1)(c) yang menyatakan kebebasan individu untuk berpersatuan bagi semua rakyat.
Beliau dilaporkan berkata selain pindaan Perlembagaan, Takiyuddin berkata pelaksanaan akta anti lompat parti juga memerlukan sistem pilihan raya sedia ada ditukar dan undang-undang berkaitan dipinda.
Dengan alasan perlunya undang-undang tersebut, Hassan berkata keselamatan negara dan ketenteraman awam terancam ketika kerajaan tiba-tiba tumbang pada Februari kerana ahli-ahli Parlimen menyatakan sokongan kepada pembangkang.
“Isu prinsip moral dalam demokrasi berparlimen juga timbul apabila ahli-ahli Parlimen yang melompat itu mengkhianati para pengundi yang memilih mereka dalam pilihan raya,” katanya.
Hassan turut sama senada dengan suara pengkritik yang mempersoalkan keazaman politik kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk meluluskan undang-undang lompat parti.
“Adalah disangsikan kesanggupan kerajaan PH berbuat demikian kerana kerajaan PN itu sendiri atas perbuatan melompat parti,” tambahnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, berkata terdapat tuntutan yang semakin meningkat dalam kalangan pembangkang untuk menggubal undang-undang lompat parti.
“Tetapi, sekarang kita tahu akan ada beberapa rintangan undang-undang,” tambahnya.