
Sebagai langkah proaktif, hampir 190,000 akaun pembiayaan berpotensi terjejas dikenal pasti dan bank mula menghubungi pemilik akaun secara berperingkat.
“Kemudahan bantuan lanjutan yang ditawarkan tersebut adalah khusus untuk pelanggan yang diberhentikan kerja pada 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan baru, selain mereka yang diarahkan bercuti tanpa gaji oleh majikan dan berlanjutan sehingga Disember 2020,” menurut Bank Rakyat menerusi kenyataan hari ini.
Ia berkata, bantuan bersasar juga ditawarkan kepada pelanggan yang dikenakan potongan gaji oleh majikan yang menyaksikan mereka diberikan pengurangan ansuran selaras dengan kadar pengurangan gaji untuk tempoh minimum selama 6 bulan.
Bank Rakyat turut menawarkan bantuan bersasar kepada individu terjejas, yang bekerja sendiri atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan memberi fleksibiliti, sama ada dengan membayar keuntungan sahaja untuk jangka yang ditetapkan atau memanjangkan tempoh keseluruhan pembiayaan bagi mengurangkan ansuran bulanan.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi pihak bank menerusi e-mel ke [email protected] dengan menyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi.
Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Panggilan di talian 1300800800 atau mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang berdekatan.
Maklumat juga boleh didapati menerusi laman web korporat di www.bankrakyat.com.my atau laman media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat di Facebook, Instagram dan Twitter.