
Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong berkata, ia bertujuan mengelak kemungkinan penularan Covid-19 dan kewujudan kluster baru jika himpunan orang ramai yang tidak mematuhi penjarakan fizikal dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“DAP Pulau Pinang berharap ahli-ahli, penyokong dan orang awam akan memahami keadaan ini dan memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya pada sidang media hari ini.
Sementara itu, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kes Guan Eng tidak akan menjejaskan proses membuat keputusan oleh kerajaan negeri mengenai projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion itu.
Semalam, Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut itu.
Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ahli Parlimen Bagan itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth pada Isnin dan Selasa ini bagi kesalahan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.