
Pada PRU-14, calon BN Khushairi Abdul Talib menang dengan 8,327 undi, mengalahkan calon Pakatan Harapan dari PPBM, Mohd Amran Ibrahim (6,114 undi) dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal (4,103 undi), dengan majoriti 2,184 undi.
Yang Di-Pertua PAS Tanjong Malim, Mohd Tarmizi Abd Rahman membuat kiraan itu berdasarkan undi yang diperoleh BN dan PAS, ditambah pula dengan sokongan PPBM.
“Peluang menang terlalu tinggi…kita yakin jumlah undi pada PRK nanti akan kekal begitu, ditambah pula PPBM juga bersama kita dalam blok Perikatan Nasional,” katanya kepada FMT.

Mengulas keputusan PAS tidak meletakkan calon, Tarmizi berkata akar umbi menghormati keputusan pimpinan pusat dan akan bekerja untuk memenangkan calon BN.
“Bila wujud Muafakat Nasional antara Umno dan PAS, maka kita mengikut arahan dan perintah diputuskan PAS pusat, apa sahaja arahan dan perintah PAS pusat kita ikut tidak ada masalah,” katanya.
Beliau berkata PAS bahagian beberapa kali mengadakan perbincangan dengan Umno bagi memastikan kemenangan BN, mengatakan PRK medan memperkukuh kerjasama.
Sebelum ini, PH dilaporkan bersetuju untuk memberi peluang kepada kumpulan Dr Mahathir Mohamad bertanding di DUN Slim.
Kerusi berkenaan kosong susulan Khushairi Abdul Talib pada 15 Julai.
Pengundi DUN Slim akan memilih wakil rakyat mereka pada 29 Ogos.