Nenek Daler Yusuf kritikal disebabkan jangkitan Covid-19

Nenek Daler Yusuf kritikal disebabkan jangkitan Covid-19

Menurut doktor yang merawat nenek Daler Yusuf, terdapat jangkitan pada bahagian paru-paru neneknya.

Nenek Daler kini sedang menerima rawatan di Uzbekistan. (Gambar Instagram)

Pelakon Daler Yusof memaklumkan neneknya yang menerima rawatan di sebuah hospital di Uzbekistan akibat dijangkiti Covid-19 kini berada dalam keadaan kritikal.

Menurut Daler atau nama sebenar Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 28, doktor memberitahu terdapat jangkitan pada bahagian paru-paru neneknya.

“Assalamualaikum semua, nenek Daler positif Covid-19 dan dia berada dalam keadaan kritikal di Uzbekistan.

“Dia sekarang ini dalam keadaan koma dan doktor cakap paru-paru nenek dalam keadaan teruk,” katanya menerusi Instagram pada Rabu.

Pelakon drama “Encik Suami Mat Salih Celup” ini turut berkongsi foto bersama wanita itu.

Memandangkan dia berada di Kuala Lumpur, Daler mengakui bimbang memikirkan keadaan kesihatan neneknya itu.

Justeru itu, dia memohon orang ramai mendoakan agar neneknya sembuh daripada jangkitan virus tersebut.

“Daler tak tahu nak buat macam mana… tolong doakan untuk nenek saya, please!,” ujarnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.