
Ahli Majlis Wilayah Jalalabad, Sohrab Qaderi berkata, satu letupan besar kereta disusuli sekurang-kurangnya 2 letupan kecil berlaku di luar penjara kendalian kerajaan itu dan polis kemudiannya bertempur dengan kumpulan penyerang yang bersiap sedia di lokasi berhampiran.
Agensi berita Amaq yang dikaitkan dengan IS memetik sumber tentera berkata, ahlinya melakukan serangan pada Ahad itu, tetapi tiada butiran diberikan. Tiada pengesahan bebas kumpulan militan itu bertanggungjawab.
“Sekurang-kurangnya 3 maut dan 25 cedera dalam pertempuran berterusan,” kata Qaderi sambil menambah lebih 50 banduan meloloskan diri dan angka korban mungkin meningkat.
Serangan itu berlaku pada hari ke-3 dan terakhir gencatan senjata antara kerajaan Afghanistan dan Taliban, ketika beratus banduan Taliban dibebaskan dalam usaha terakhir untuk rundingan damai dalam negara itu.
Taliban tidak bertanggungjawab ke atas serangan itu, kata jurucakap kumpulan itu.
Presiden, Ashraf Ghani dan Taliban menyatakan rundingan yang lama tertangguh boleh dimulakan segera selepas sambutan Aidiladha, di Kabul pada Khamis.
Taliban berkata, ia sudah membebaskan semua 1,000 tahanan Afghanistan yang dijanjikan dengan Amerika Syarikat.