
Menerusi pelaksanaan RGL, ia membolehkan perjalanan rentas sempadan untuk perniagaan penting dan tujuan rasmi antara kedua-dua negara.
Skim PCA pula akan membenarkan penduduk Singapura dan Malaysia yang memegang pas imigresen jangka panjang bagi tujuan perniagaan dan pekerjaan memasuki negara terbabit untuk bekerja.
Bagi kedua-dua skim itu, rakyat Malaysia dan Singapura yang memenuhi syarat perlu mematuhi langkah pencegahan dan kesihatan awam Covid-19 yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua negara, termasuk menjalani ujian calitan reaksi rantai polimerase (PCR).
Selepas tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan berturut-turut di negara di mana mereka bekerja, mereka boleh pulang ke tanah air masing-masing untuk cuti jangka pendek.
Mereka kemudian boleh kembali ke negara di mana mereka bekerja untuk meneruskan pekerjaan bagi tempoh sekurang-kurangnya lagi 3 bulan berturut-turut.
Untuk maklumat terperinci, rakyat Malaysia dan Singapura boleh mengakses pautan yang disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysian dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura di laman web masing-masing.
Berikut ialah pautan tersebut:
https://safetravel.ica.gov.sg/malaysia/rgl/requirements-and-process