Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada lebih 100,000 kes

Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada lebih 100,000 kes

Tambahan sebanyak 2,040 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

JAKARTA: Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat kepada 108,376 kes, iaitu tambahan sebanyak 2,040 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 60,739 pesakit masih dalam pemantauan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 73 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini 5,131 orang.

Bagi tempoh 24 jam itu, provinsi Jakarta mencatatkan kes positif baharu tertinggi iaitu 430 kes, diikuti Jawa Timur (317), Jawa Tengah (235) dan selebihnya di wilayah lain.

Dalam tempoh yang sama, 21 lagi kematian berlaku di Jawa Timur, manakala di Jawa Barat sebanyak 18 kematian, Jakarta (14 kematian) dan selebihnya di wilayah lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.