Amanah pecat Adun Sabak

Amanah pecat Adun Sabak

Setiausaha Agung Amanah Hatta Ramli berkata Mustain dipecat sebagai ahli seperti ditetapkan Fasal 21.12 Perlembagaan Parti Amanah Negara.

AAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak Ahmad Mustain Othman dipecat daripada Amanah selepas didapati melanggar disiplin dan arahan parti. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak, Ahmad Mustain Othman hari ini dipecat daripada Amanah kerana didapati melanggar disiplin sebagai ahli.

Setiausaha Agung Amanah Hatta Ramli berkata Mustain dipecat sebagai ahli seperti ditetapkan Fasal 21.12 Perlembagaan Parti Amanah Negara.

“Pemecatan ini selaras dengan Fasal 21.8 Perlembagaan Parti Amanah yang memberi kuasa kepada Lembaga Tatatertib untuk memecat mana-mana ahli yang didapati melanggar disiplin dan arahan parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.