
Fadzil berkata, kertas siasatan sudah dibincangkan dengan timbalan pendakwa raya dan keputusan menggunakan 2 akta itu terhadap suspek terbabit sudah dipersetujui.
“Semua suspek akan ditahan dan disiasat bawah ATIPSOM. Mereka akan dibawa ke Mahkamah Kajang pada 25 Julai untuk permohonan reman baru.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376B atau Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43(1)(a) Akta Kanak-kanak. Seramai 8 orang sudah ditahan berkaitan kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung dengan pegawai penyiasat kes S Vekram S Sinnayah di talian 019 4737108 atau 03 89114222.
Terdahulu, media melaporkan mangsa berusia 13 tahun dirogol sejak berusia 10 tahun dan dilacurkan bapa kandungnya pada pertengahan 2019 hingga Februari lalu, sebelum ibu saudaranya membuat laporan polis berhubung kejadian itu, kelmarin.
Difahamkan, suspek utama ditahan di Pandan Indah, manakala 5 lelaki warga asing terbabit pula ditahan dalam serbuan berasingan di Batu 9 Cheras dan Kajang minggu lalu.