Malaysia Airports laksana peningkatan penting

Malaysia Airports laksana peningkatan penting

Pengendali lapangan terbang itu akan meningkatkan sistem pengendalian bagasi dan Aerotrain.

Pelajar Malaysia yang pulang dari Australia baru-baru ini.
PETALING JAYA:
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan melaksanakan peningkatan penting di pintu keluar-masuk utama negara, KLIA, kata CEO Mohd Shukri Mohd Salleh.

Shukri berkata peningkatan sistem pengendalian bagasi dan Aerotrain merupakan peningkatan “misi kritikal” yang tidak boleh ditangguhkan walaupun dengan kesan kewangan Covid-19 dan kawalan perjalanan sejagat.

“Ini mungkin masa terbaik untuk melakukan peningkatan kerana kerana gangguan yang terhad kepada penumpang dan syarikat penerbangan.”

Apabila sistem bagasi ditingkatkan, Shukri berkata ia boleh memproses bagasi yang lebih banyak, serta menyaring dan mengatur bagasi dengan lebih cepat.

“Ini bermaksud pengurangan masa menunggu penumpang di karusel bagasi dan gangguan kepada operasi penerbangan berkurangan,” katanya, dan menambah peningkatan itu dijadualkan bermula pada hujung tahun dan diselesaikan dalam beberapa tahun.

Sistem bagasi baru itu sebahagian daripada inisiatif Airport 4.0 MAHB yang memanfaatkan teknologi untuk mendorong kecekapan operasi.

“Teknologi tapisan terkini sistem bagasi itu bukan hanya mengenai kemudahan tetapi juga keselamatan kerana akan dapat menyaring bagasi meragukan dengan lebih cepat dan cekap.

“Sistem itu juga membolehkan maklumat masa nyata dan analisis data dikongsi dengan operasi pengurusan lapangan dan anggota lain yang berkenaan bagi mengurangkan risiko salah cara kendali bagasi dan gangguan kepada operasi.”

Tentang Aerotrain yang menghubungkan terminal utama kepada bangunan satelit, Shukri berkata penggantian kereta api lama akan menyebabkan pengurangan kesesakan, di kawasan pelepasan dan dalam kereta api.

Kapasiti 3 gerabak Aerotrain akan ditingkatkan manakala sistem isyarat ditambahbaik dan laluan bertingkat dipulihkan.

“Kereta api akan diawasi menerusi CCTV berdefinisi tinggi untuk keselamatan yang lebih baik, dan paparan pelbagai guna akan beri maklumat tentang penerbangan, pengumuman awam, dan promosi runcit kepada penumpang.”

Aerotrain baru itu, katanya, akan memastikan penumpang lebih selesa dan penjarak sosial sebagai norma baharu.

Shukri berkata dalam norma baharu, penumpang perlu berasa selamat dan yakin untuk berjalan.

“Akan ada kebergantungan yang tinggi pada automasi dan teknologi bagi memastikan orang ramai selamat ketika dunia menantikan vaksin yang berkesan,” katanya, dan berkata ini sesuatu yang Malaysia Airports rancang dalam inisiatif Airport 4.0 sebelum wabak Covid-19.

“Peningkatan misi kritikal ini bermaksud KLIA memastikan ia bersiap sedia untuk norma baru pasca Covid-19, dilengkapi perkhidmatan dan standard yang ditingkatkan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.