
KUALA LUMPUR: Penolong Setiausaha Majlis Raja-raja, Mohd Aseral Jusman mengumumkan umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada 31 Julai ini.
“Bagi menyempurnakan perintah Yang di-Pertuan Agong, setelah dipersetujui raja-raja, maka dengan ini saya bagi pihak penyimpan mohor besar raja-raja mengisytiharkan 1 Zulhijah 1441 Hijrah ialah pada 22 Julai 2020 Masihi.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Jumaat, 31 Julai 2020,” katanya menerusi pengumuman di televisyen.