Tip mudahkan anak bertudung pakai topeng ke sekolah hanya jahit butang

Tip mudahkan anak bertudung pakai topeng ke sekolah hanya jahit butang

Ibu tidak lagi perlu risau hendak beli topeng yang jenis sangkut di telinga dengan adanya butang ini.

Rabu ini semua murid-murid dari darjah 1 hingga darjah 4 akan memulakan persekolahan.

Sudah pasti semua ibu semakin sibuk membuat persiapan apa yang patut bagi memastikan anak mereka terjamin keselamatan ke sekolah.

Ada yang terasa macam awal tahun kerana persiapan dari A hingga Z perlu dilakukan.

Namun apa yang berbeza kali ini semua perlu mengamalkan norma baru dalam setiap aspek.

Kalau ikut SOP baru di sekolah, anak-anak juga digalakkan memakai topeng atau face mask bagi mengawal penularan wabak Covid-19.

Bagi anak-anak yang bertudung mesti agak leceh dan susah nak pakai mask ini.

Ada satu perkongsian yang beri idea untuk memudahkan anak pakai topeng di sekolah.

Hanya dengan buat sendiri ia sangat mudah dan simple.

Malah diakui anak kecil pun boleh pakai dan buka topeng dengan mudah tanpa bantuan.

1. Sediakan alatan asas untuk jahit tangan – benang, jarum dan 2 biji butang, kalau boleh yang warna putih atau clear sama dengan tudung sekolah.

2. Suruh anak pakai tudung dan ukur topeng dekat muka untuk dapatkan point nak jahit butang. Agak-agak dekat atas telinga dia. Tandakan dengan pensel.

3. Jahit butang dekat tanda tadi di tudung sekolah.

4. Ok siap!

Kemudian anda boleh suruh anak anda cuba pakai dan buka sendiri 2-3 kali untuk pastikan dia selesa.

Jadi ibu tidak lagi perlu risau hendak beli topeng yang jenis sangkut di telinga dengan adanya butang ini.

Penggunaan “extender” mungkin renyah bagi kanak-kanak memandangkan ia terletak di bahagian belakang kepala.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.