
Wanita itu dilihat sedang minum di sebuah kafe.
Gambar tersebut menarik perhatian penasihat khas kesihatan awam kepada perdana menteri, Dr Jemilah Mahmmod, yang mengkritik perbuatan wanita itu di Twitter.
Jemilah mempersoalkan kawan-kawan dan keluarga wanita tersebut serta pemilik kafe berkenaan kerana membenarkan beliau masuk dan tidak melaporkan perkara itu dengan berkata, “individu sepertinya” akan menambah risiko berlakunya jangkitan gelombang ke-2 Covid-19 di Malaysia.
“Langkah lebih tegas perlu diambil. Wabak Covid-19 masih ada,” katanya.
Pengarah Kesihatan Perak, Dr Ling Lay Ming dilaporkan berkata, jabatan itu maklum tentang gambar menunjukkan “individu di bawah pemerhatian” yang didakwa ingkar perintah pemantauan di rumah.
Wanita tersebut dipercayai minum di sebuah kafe di Bandar Meru Raya, berdekatan Ipoh.