Malaysia Timur perlu ada kuasa veto di Parlimen, kata pemimpin DAP

Malaysia Timur perlu ada kuasa veto di Parlimen, kata pemimpin DAP

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg dan timbalannya James Masing baru-baru ini menggesa supaya Sabah dan Sarawak diberikan 1/3 kerusi di Dewan Rakyat.

DAP Sabah mahu Sabah dan Sarawak diberikan 1/3 kerusi Dewan Rakyat.
KOTA KINABALU:
DAP Sabah menyokong gesaan supaya Sabah dan Sarawak diberikan lebih banyak suara di Parlimen dan 2 negeri itu mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi bagi membolehkan mereka menikmati kuasa veto.

Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin berkata, ketika pembentukan Malaysia, 2 negeri itu bersama-sama Singapura diberikan 1/3 kerusi di Dewan Rakyat.

Tujuan pembahagian itu adalah bagi membolehkan negeri di Malaysia Timur menikmati kuasa veto “untuk menghalang atau menyekat rang undang-undang yang merugikan Sabah, Sarawak dan Singapura pada masa itu.”

Bagaimanapun selepas Singapura menarik diri daripada persekutuan Malaysia pada 1965, jumlah kerusi bagi Sabah dan Sarawak tidak ditambah, sebaliknya Semenanjung memperoleh lebih banyak kerusi.

Chan, yang merupakan ahli Parlimen Kota Kinabalu juga mahu Dewan Negara diperkasakan dan diberikan peranan yang lebih bermakna, berbanding status semasanya sebagai “cop getah” untuk dasar kerajaan.

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg dan timbalannya James Masing baru-baru ini menggesa supaya Sabah dan Sarawak diberikan 1/3 kerusi di Dewan Rakyat.

Gesaan itu disokong oleh Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.