Bakar kucing: Persatuan tawar RM10,000 untuk maklumat tepat

Bakar kucing: Persatuan tawar RM10,000 untuk maklumat tepat

Terdahulu, persatuan terbabit memuat naik klip video berdurasi 45 saat yang memaparkan seekor anak kucing sedang dibakar dan perbuatan itu dirakam sendiri oleh pelakunya.

Persatuan Haiwan Malaysia menaikkan ganjaran daripada RM3,000 kepada RM10,000 kepada pihak yang boleh mengesahkan kejadian membakar anak kucing yang didakwa berlaku di Pahang. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan ganjaran RM10,000 kepada individu atau kumpulan yang mempunyai maklumat mengenai insiden membakar kucing supaya tampil membantu siasatan.

Menurut persatuan itu menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, ia mendapat maklumat tidak lengkap kerana terdapat pihak mendakwa kejadian itu berlaku di Pahang, namun butiran tidak disertakan untuk siasatan seterusnya.

“Persatuan Haiwan Malaysia menaikkan tawaran ganjaran daripada RM3,000 kepada RM10,000 kepada mana-mana individu atau kumpulan yang boleh mengesahkan aksi bakar anak kucing dengan mencurah minyak lalu mencucuh api menggunakan pemetik api”.

Persatuan itu turut merayu supaya maklumat lengkap dengan laporan polis dapat dibuat sehingga pelaku berjaya ditangkap, didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman maksimum atas kezaliman membakar anak kucing itu hidup-hidup jika ia benar-benar berlaku dan pelakunya berada di Malaysia.

Terdahulu, persatuan itu memuat naik 1 klip video berdurasi 45 saat yang memaparkan seekor anak kucing sedang dibakar dan perbuatan zalim itu dirakam sendiri oleh pelakunya.

Orang ramai digesa memberikan maklumat melalui aplikasi WhatsApp di talian 011 20901097.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.