
Sejak wabak Covid-19 melanda negara awal Mac lalu, umum tahu tempat berkumpul seperti pawagam ditutup sepenuhnya.
Namun baru-baru ini, Menteri Kanan Keselamatan mengumumkan ia sudah boleh beroperasi semula dengan mengikut SOP yang ditetapkan beserta penjarakan sosial.
Dalam usaha untuk menawarkan alternatif buat para penonton pawagam, sebuah pawagam berkonsepkan pandu lalu atau tonton dalam kereta dilancarkan di Perak.
Ia sekaligus menjadikan Perak negeri pertama memperkenalkannya di Malaysia.

Casuarina Sini-Drive beroperasi setiap malam kecuali pada hari Isnin dengan menawarkan pakej sekitar RM36 sehingga RM42.
Pawagam pandu lalu ini dilihat sebagai jalan terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga dengan menonton wayang yang diminati dan pada masa yang sama keselamatan seisi keluarga juga terjamin.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]