
“Kita akan menunggu laporan kimia selanjutnya sebelum kita dapat mengumumkannya (punca sebenar kematian),” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kuala Kangsar, hari ini.
Rabu lalu, seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun yang memulakan hari pertama persekolahan dilapor pengsan sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor selepas dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
Media melaporkan pihak sekolah mendapati suhu badannya tidak menunjukkan demam atau tidak normal ketika disaring di pintu masuk sekolah.
Dalam pada itu, Adham berkata, tiada bukti pemakaian pelitup muka menjejaskan kesihatan individu, termasuk dalam kalangan pelajar.
“Ini kerana di peringkat Kementerian Kesihatan sendiri, pakar bedah sering menggunakan pelitup muka selama beberapa jam untuk membuat pembedahan dan tiada bukti yang ia menjejaskan masalah pengudaraan oksigen dan karbon dioksida,” katanya.
Katanya, pemakaian pelitup muka perlu bersesuaian mengikut saiz yang berpadanan dengan kanak-kanak bagi memastikan keselesaan mereka semasa mengenakannya dalam mencegah penularan wabak Covid-19.