KKM: Pemantauan 2 lagi kluster Covid-19 tamat

KKM: Pemantauan 2 lagi kluster Covid-19 tamat

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan penamatan 2 kluster berkenaan, jumlah kluster tamat setakat ini ialah 62.

Kluster warga emas Kuala Selangor mula dilaporkan pada 15 Jun selepas 3 kes positif dikesan di sebuah pusat jagaan, manakala kluster Labu Lanjut, Sepang dilapor melibatkan 5 kes positif pada 20 Jun. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Dua lagi kluster COVID-19 iaitu, kluster warga emas Kuala Selangor dan kluster Labu Lanjut, Sepang ditamatkan tempoh pemantauan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), selepas 28 hari tiada rekod kes positif baru dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebook beliau hari ini berkata, dengan penamatan 2 kluster berkenaan, jumlah kluster tamat setakat ini ialah 62.

Berdasarkan infografik di catatan sama, kluster warga emas Kuala Selangor mencatatkan 8 kes positif Covid-19 melibatkan warganegara tempatan tanpa sebarang kematian sepanjang tempoh pemantauan.

Kluster Labu Lanjut pula mencatatkan 5 kes positif melibatkan warganegara tempatan tanpa sebarang kematian dilaporkan.

Kluster warga emas Kuala Selangor mula dilaporkan pada 15 Jun selepas 3 kes positif dikesan di sebuah pusat jagaan, manakala kluster Labu Lanjut, Sepang dilapor melibatkan 5 kes positif pada 20 Jun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.