
Zarif yang dilantik oleh lembaga perngarah syarikat itu menggantikan Abdul Yazid Kassim yang tempoh perkhidmatannya tamat pada 30 Jun.
Zarif merupakan COO Kumpulan Sapura sejak 2014. Beliau pernah memegang jawatan CEO Sapura Technology dan Rail Business Clusters pada 2011, yang menyaksikan Zarif mengetuai sektor teknologi dan kereta api syarikat itu.
“Kita kini memasuki fasa akhir pembinaan Laluan MRT Putrajaya (yang sebelum ini dikenali sebagai Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) dan fokus saya ialah memastikan landasan itu siap tepat masa dan dalam kos,” kata Zarif.
Selain itu katanya, beliau akan memberi tumpuan bagi memulakan pembinaan projek Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura (RTS).
Projek itu akan dibina dan dimiliki oleh anak syarikat MRT Corp, Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd.