
Beliau menggantingan Adun Padungan yang mewakili DAP, Wong King Wei yang sepatutnya tamat tempoh lantikan pada 29 Julai 2022.
Menteri Pengangkutan Sarawak Lee Kim Shin dalam kenyataan hari ini mengucapkan tahniah kepada Ripin dan anggota lembaga pengarah yang baru dilantik.
Beliau berkata, tugas lembaga itu sudah ditetapkan kerana terdapat 252 permohonan permit baru yang tertangguh sejak Februari lepas yang akan diteliti dan diluluskan oleh lembaga.
“Saya berharap lembaga baru ni akan mempercepatkan kelulusan permit yang tertangguh supaya pemohon dapat menjalankan perniagaan mereka seperti biasa.
“Kelulusan segera permohonan baru dapat membantu merangsang pembangunan ekonomi di negeri ini kerana ia boleh menjana lebih banyak perniagaan dan menggerakkan ekonomi melalui kesan pengganda.
“Lebih-lebih lagi semasa tempoh Covid-19 yang menyaksikan usaha kerajaan negeri merangsang pertumbuhan ekonomi melalui pelbagai pakej rangsangan di bawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).