
Perintah berkenaan dikeluarkan Hakim Persekutuan Allison Burroughs pada Selasa susulan tuntutan difailkan minggu lalu oleh Universiti Harvard dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) terhadap peraturan baru kerajaaan persekutuan itu, lapor agensi berita Xinhua.
Peraturan itu diumum Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) pada 6 Julai tetapi masih belum dilaksanakan, mencetuskan kemarahan institusi pendidikan tinggi negara itu.
Peraturan baru itu memaksa pelajar antarabangsa memilih sama ada menghadiri sekurang-kurangnya 1 kelas – berpindah ke pusat pendidikan lain jika universiti hanya menawarkan kursus secara dalam talian disebabkan Covid-19 – dan perlu meninggalkan AS kerana visa pelajar akan dibatalkan.
Berikutan perintah mahkamah itu, ICE akan membenarkan semula pelajar antarabangsa tinggal di AS dan mengikuti semua kelas secara dalam talian semasa wabak.
Burroughs berkata perintah mahkamah itu juga berkuat kuasa kepada semua institusi pendidikan tinggi di seluruh negara.