Ekspatriat kembali ke Malaysia dilarang keluar negara bercuti, kata menteri

Ekspatriat kembali ke Malaysia dilarang keluar negara bercuti, kata menteri

Ismail Sabri Yaakob berkata, ekspatriat kategori EP1 yang melanggar peraturan itu tidak akan dibenarkan pulang ke Malaysia sehingga satu tarikh ditetapkan.

Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan itu dilaksanakan kerana rakyat Malaysia sendiri tidak dibenarkan bercuti di negara lain ketika ini.
KUALA LUMPUR:
Pegawai atau pengurusan tertinggi syarikat yang terdiri daripada warga asing atau ekspatriat kategori EP1 dilarang bercuti di negara lain selepas dibenarkan kembali ke Malaysia untuk bertugas semula, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

“Jika mereka didapati melanggar peraturan ini, mereka tidak akan dibenarkan pulang ke Malaysia sehingga satu tarikh ditetapkan.

“Kita berlaku adil kerana rakyat kita juga kita tidak benarkan keluar bercuti di luar negara,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Ujian Covid-19

Ismail berkata, rakyat Malaysia perlu menjalani ujian saringan Covid-19 3 hari sebelum mereka berlepas pulang ke tanah air.

“Ini bagi mengelakkan mereka tidak dibenar menaiki pesawat.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.