
Kesatuan Kebangsaan Pelaut-pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM) berkata 12 kelasi itu terpaksa melukis mesej kecemasan di lambung kapal mereka untuk meminta pertolongan, menurut laman berita maritim, The Maritime Executive.
“Tolong kami. Tiada makanan. Tiada gaji,” tulis mesej yang dilukis pada kapal Viet Tin 01.
NUSPM mengatakan anak kapal menghubunginya melalui aplikasi komunikasi, yang kemudian memeriksa kapal mitu bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Pihaknya juga memberikan bekalan kecemasan seperti beras dan makanan kering, dan mendapati anak kapal berada dalam keadaan menyedihkan.
Difahamkan, pemilik kapal itu meninggalkan kapal itu sejak pertengahan Mac, tanpa bahan bakar atau tenaga.
Tambahnya, ketiadaan lampu di atas kapal mengundang bahaya kepada pelayaran.
NUSPM mendesak pemerintah Vietnam membawa pulang rakyatnya, mengatakan pihaknya bertanggungjawab menjaga kebajikan kelasi kerana ia menandatangani Konvensyen Buruh Maritim.
Kesatuan itu berkata para kelasi harus dibayar berikutan krisis pandemik dan ekonomi semasa.
Jelasnya, mereka akan sukar mencari pekerjaan dalam situasi ketika ini.