
Ketua hubungan masyarakat polis Metro Jaya (Polis Jakarta) Yusri Yunus berkata, suspek ditemui Khamis lepas dalam keadaan tergantung dengan seutas wayar di dalam lokap polis Metro Jaya.
“Suspek dihantar ke Rumah Sakit Kramat Jati, Jakarta Timur dan selepas beberapa hari menerima rawatan, suspek disahkan meninggal dunia pukul 8 malam tadi,” katanya dalam kenyataan.
Beberapa media sebelum ini melaporkan Francois Abello Camille, 65, ditahan bulan lepas dan polis turut menemui beratus filem dan video perlakuan seksnya dengan kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun dalam komputer riba miliknya.
Berdasarkan kenyataan polis Metro Jaya sebelum ini, suspek ditahan di sebuah hotel di Jakarta bulan lepas bersama 2 kanak-kanak bawah umur.
Siasatan awal polis mendapati suspek dipercayai melakukan jenayah pedofilia terhadap 305 kanak-kanak bawah umur di Indonesia.