
Kreatif, itulah yang dapat digambarkan terhadap kemahiran seorang anak muda dari Indonesia.
Jika sebelum ini dia sering diperlekeh oleh kawan-kawannya sebab gunakan handphone yang tidak canggih namun kini dia tekad untuk menghasilkan sebuah telefon bimbit dengan menggunakan sebiji kentang!
Menurut Kompas, anak muda ini selalu diejek dengan gelaran “telefon kentang” gara-gara menggunakan telefon spesifikasi rendah.
Menerusi Facebook Khoirul Aman, dia berkongsikan beberapa gambar telefon bimbit jenis Nokia 3310 yang dibuat daripada kentang.
Tanpa disedari perkongsiannya ini viral di media sosial hingga ia mula menjadi bualan orang ramai.
Difahamkan, telefon yang dibuatnya itu tidak sepenuhnya daripada sebiji kentang.
Beberapa komponen penting seperti LCD, bateri, keyboad dan lain lain telah diambil dari telefon Nokia 3310 yang pernah digunakan sebelum ini.

Tambahnya lagi, proses pembikinan telefon bimbit kentang ini hanya mengambil masa 10 minit.
Untuk pengetahuan anda, tujuan dia hasilkan telefon ini hanyalah untuk menghiburkan rakan-rakan yang mengejeknya.
Namun telefon ini tidak dapat berfungsi seperti peranti yang lain.
Disebabkan hasil kreatifnya ini tular di media sosial, dia merancang untuk membuat sebuah IPhone dengan menggunakan sebiji epal.
Perkongsian oleh anak muda ini mendapat lebih 2.5K perkongsian dan rata-rata netizen kagum dengan hasil kreatifnya.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]