Rakyat Malaysia, warga asing pulang dari luar negara perlu tanggung kos saringan, kata Ismail

Rakyat Malaysia, warga asing pulang dari luar negara perlu tanggung kos saringan, kata Ismail

Tiga kategori individu dikecualikan iaitu OKU, kakitangan kerajaan yang bertugas di luar negara dan pelajar.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismal Sabri Yaakob berkata, bermula 29 Jun ini, rakyat Malaysia dan warga asing yang masuk ke negara ini perlu menanggung kos saringan Covid-19 di pintu masuk.
PUTRAJAYA:
Rakyat Malaysia dan warga asing yang pulang dari luar negara perlu menangung kos ujian saringan Covid-19 di pintu masuk negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun memaklumkan, pengecualian diberikan kepada 3 kategori, iaitu Orang Kurang Upaya (OKU), kakitangan kerajaan yang bertugas di luar negara dan pelajar.

“Mula 29 Jun, rakyat Malaysia dan warga asing yang mahu masuk ke Malaysia perlu tanggung kos ujian saringan setibanya di pintu masuk negara.

“Bagaimanapun pengecualian diberikan kepada, OKU, kakitangan kerajaan atas urusan rasmi kerja dan pelajar,” katanya pada sidang media hari ini.

Ismail berkata, 3 kategori yang dikecualikan bayaran itu perlu menunjukkan bukti, termasuk kad OKU yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Pelajar yang pulang dari luar negara dikecualikan bayaran untuk kali pertama sahaja dan perlu mengemukakan bukti pengajian,” katanya.

Ismail berkata, bagi 3 kategori itu yang telah membuat bayaran saringan boleh menuntut kembali wang mereka.

“Pengecualian itu kita umum hari ini, mungkin ada dalam kalangan mereka yang sudah dikenakan caj bayaran, jadi kita akan pulangkan kembali wang tersebut. Mereka boleh menuntut semula caj daripada KKM,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.