
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata, individu berkenaan dikenali sebagai Vikneswarar Nagentiran atau Thamby atau Vinod, 28 tahun dan menetap di 587-144 New Green Park, Rawang, Selangor.
“Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat sila salurkan kepada pegawai penyiasat kes, Farouq Fakhzan Mohd Nordin, di talian 0172251403,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada masa sama, Fadzil berkata, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki, Sheikh Ismail Sheikh Hassan pada 28 Jun jam 7.30 malam di Bukit Sentosa, Kuala Kubu Baru bagi membantu siasatan kes yang sama.
Sheikh Ismail ketika ini ditahan reman selama 7 hari, bermula 29 Jun hingga 5 Julai depan.
Sebelum ini, Fadzil berkata, polis sudah menahan 7 individu yang terdiri daripada 3 lelaki India, 3 lelaki Melayu dan seorang warganegara Bangladesh bagi membantu siasatan kes tersebut.
Siasatan awal polis mendapati seorang daripada suspek menghubungi keluarga mangsa dan meminta wang tebusan sebanyak S$50 juta, namun tiada bayaran dibuat.
Menurut polis, mangsa dipercayai mengenali dalang kes.
Fadzil berkata, mangsa yang terlibat dalam perniagaan hartanah dipercayai meninggal dunia 3 atau 4 sebelum itu berdasarkan keadaan mayat yang mula reput.
Bagaimanapun katanya, punca sebenar kematian masih dalam siasatan dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
Mangsa dipercayai diculik ketika bersenam di kawasan taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, pada 10.30 pagi 10 Jun lalu.
Mayat lelaki berusia 55 tahun itu ditemui susulan penangkapan beberapa orang suspek.