SPRM tahan bekas ketua pegawai eksekutif yayasan milik kerajaan

SPRM tahan bekas ketua pegawai eksekutif yayasan milik kerajaan

SPRM menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif tersebut berkait penganjuran acara berbasikal 4 tahun lepas.

SPRM kini menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif sebuah yayasan berkaitan kerajaan berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam penganjuran acara sukan berbasikal. (Gambar Rawpixel)
PETALING JAYA:
Bekas pegawai tertinggi sebuah yayasan kerajaan berkait pihak berkuasa Islam persekutuan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam pemberian kontrak kepada sebuah syarikat bagi penganjuran satu acara berbasikal 4 tahun lepas.

Sumber memberitahu FMT lelaki bergelar “Datuk” dan merupakan ketua pegawai eksekutif yayasan yang berpangkalan di Putrajaya itu ditahan pagi ini sebelum dilepaskan dengan ikat jamin RM10,000.

Difahamkan lelaki tersebut melantik syarikatnya sebagai rakan strategik bagi penganjuran acara berkenaan yang membabitkan kos RM150,000.

Penolong kanan pesuruhjaya SPRM Hasbilah Mohamad Salleh mengesahkan siasatan dibuat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.