Rizab antarabangsa BNM susut sedikit kepada AS102.8 bilion pada Jun

Rizab antarabangsa BNM susut sedikit kepada AS102.8 bilion pada Jun

Rizab antarabangsa BNM pada Mei adalah sebanyak AS$102.9 bilion.

BNM berkata, paras rizab antarabangsa kini memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
KUALA LUMPUR:
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$102.8 bilion pada 15 Jun 2020 berbanding AS$102.9 bilion pada 29 Mei, 2020.

Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Bank pusat berkata, komponen utama rizab antarabangsa pada 15 Jun, 2020 terdiri daripada rizab mata wang asing (AS$102.8 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.2 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$2.0 bilion), dan lain-lain aset rizab (AS$3.2 bilion).

Katanya aset termasuk emas, pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR, yang berjumlah RM444.90 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM10.47 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.72 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM11.95 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), dan aset lain (RM10.08 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM166.45 bilion), mata wang dalam edaran (RM124.74 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM146.63 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM12.52 bilion), deposit lain (RM11.99 bilion), kertas Bank Negara (RM11.16 bilion), peruntukan SDR (RM7.87 bilion), dan liabiliti lain (RM2.80 bilion).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.