
KOTA KINABALU: Seorang aktivis Sabah yang baru-baru ini diugut kerana kempennya terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI), membuat laporan polis di sini hari ini selepas pejabatnya disimbah cat kuning.
Verdon Bahanda berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 1 pagi tadi di pejabatnya di Iramanis.

“Seluruh kejadian itu dirakamkan CCTV. Saya percaya ia ada kaitan ugutan terhadap saya baru-baru ini oleh mereka yang melindungi PATI.”
Beliau yang tiada musuh peribadi atau berkaitan perniagaan, berikrar tidak akan berhenti menggesa kerajaan mengusir semua PATI di Sabah.
Verdon sebelum ini memulakan 3 usaha, untuk menyatukan Orang Asal di Sabah, memboikot produk dijual PATI dan menggesa masyarakat Orang Asal membuat laporan mengenai PATI.