
Dua letusan itu berlaku kira-kira 7 minit dan menyebabkan pihak berkuasa terpaksa melaksanakan zon larangan 3km dari puncak gunung api berkenaan yang terletak dekat ibu kota Yogyakarta.
Agensi itu tidak menaikkan status amaran gunung api itu selepas letusan, tetapi menasihatkan pesawat komersial berhati-hati ketika berada di kawasan terbabit.
Media tempatan melaporkan penduduk di kawasan sekitar, termasuk Sleman dan Klaten mendengar dentuman kuat pagi tadi.
Letusan besar terakhir Gunung Merapi pada 2010 mengorbankan lebih 300 orang dan kira-kira 280,000 penduduk terpaksa dipindahkan.
Itu ialah letusan paling kuat sejak 1930 yang meragut 1,300 nyawa, manakala letusan pada 1994 mengorbankan kira-kira 60 nyawa.
Indonesia mempunyai lebih 17,000 pulau dan pulau kecil – serta hampir 130 gunung api aktif.
Ia terletak dalam Lingkaran Api Pasifik, zon luas tidak stabil dengan pertembungan plat tektonik yang kerap mencetuskan gempa bumi dan aktiviti gunung api besar-besaran.