
Dalam perkembangan sama, 16 kes jangkitan baru dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 8,572 orang sehingga kini.
“Ingin dimaklumkan daripada 16 kes baru yang dilaporkan, 3 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 2 warganegara Malaysia dan 1 bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.
“Daripada 13 kes penularan dalam negara, 9 adalah bukan warganegara, manakala hanya 4 kes adalah warganegara Malaysia,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.
Ketika ini, seramai 295 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 3 di Unit Rawatan Rapi dan tiada daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, Noor Hisham mengumumkan 10 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 8,156 orang sehingga kini.
Noor Hisham berkata, kes jangkitan dalam negara (9 kes) dalam kalangan bukan warganegara adalah seperti berikut:
- Selangor: 2 kes kontak rapat kepada kes positif Covid-19 (kes ke-8513). Kesemua mereka adalah daripada kluster Syarikat Pembersihan;
• Negeri Sembilan: 6 kes daripada kluster Pedas;
• Sabah: 1 kes daripada saringan tahanan di Pusat Tahanan Sementara Tawau sebelum penghantaran pulang ke Indonesia.
Sementara itu katanya, perincian kes penularan Covid-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (4 kes) pula adalah seperti berikut:
• Sarawak: 2 kes merupakan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 (kes ke-8535). Kedua-dua mereka adalahdaripada kluster Kidurong;
• Melaka: 1 kes daripada saringan Orang Kena Tuduh (OKT) yang baru dimasukkan ke lokap;
• Johor: 1 kes saringan pra pembedahan di hospital.
Dalam perkembangan lain, Noor Hisham berkata bagi mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai perkembangan Covid-19 di Malaysia, bolehlah melayari Laman Web Covid-19 iaitu http://covid-19.moh.gov.my/ .
Katanya, laman web ini mula beroperasi (go live) pada 5 Mei 2020 dan hebahan mengenainya diwar-warkan melalui portal rasmi Kementerian Kesihatan dan kemudiannya diperluaskan melalui media sosial iaitu Facebook Kementerian Kesihatan, Telegram, Instagram dan Twitter.
Setelah lebih sebulan beroperasi, capaian laman web Covid-19 adalah lebih kurang 60,000 pengguna dan kini ia berada di tempat pertama dalam enjin carian Google.
“Maklumat lanjut mengenai kejadian Covid-19 di Malaysia boleh juga didapati melalui saluran telegram Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis – Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan dan juga laman web Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan.
Berikut adalah pautan ke laman web dan media sosial rasmi KKM:
- Laman Web COVID-19 KKM: http://covid-19.moh.gov.my/
- Laman Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM: https://www.infosihat.gov.my/index.php/wabak-novel-coronavirus-atau-2019ncov
- Facebook KKM: https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/
- Instagram KKM: https://www.instagram.com/kementeriankesihatanmalaysia/
- Twitter KKM: https://twitter.com/kkmputrajaya
- Telegram CPRC KKM: https://t.me/cprckkm